Monday, April 26, 2010

PhD VS Sarjana- Bagaimana Merancang???

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...kita dapat bertemu lagi. Seronok menulis untuk mereka yang menghargai. Harapan saya ia mampu menjadi suntikan semangat, membantu meningkatkan keyakinan diri dan seterusnya dapat memupuk kecekalan hati anda semua. Saya cukup mengerti, pengembaraan mencari ilmu banyak sekali ujian yang terpaksa dilalui. Maklumlah calon sarjana dan PhD kebanyakannya sudah berkeluarga, sudah berumahtangga... Pastinya selain daripada cabaran dalam penerokaan bidang ilmu baru, anda mungkin juga diuji dengan karenah anak-anak, rajuk suami/isteri dan yang paling saya bimbangi ialah ujian dalaman diri anda sendiri. Justeru itu, binalah kekuatan diri.. pengembaran anda masih jauh… jangan abaikan keluarga, jangan kesampingkan rumahtangga.

Tempoh tiga tahun untuk melangsaikan PhD bukanlah satu jangkamasa yang lama. Anda perlu bergerak pantas, jangan teragak-agak. Uruskan masa anda dengan baik. Rancang apa yang hendak anda lakukan sepanjang tempoh pengajian anda. Yakin, anda boleh melakukannya. Anda perlu mendisiplinkan diri anda, anda kena membawa diri anda sebagai calon PhD kerana anda bukan lagi pelajar ijazah sarjana muda. Anda perlu bergantung kepada diri anda sendiri..komitmen dan kesungguhan anda, penyelia sekadar memberi bimbingan..bermakna, anda perlu bijak mencari, perlu cekap menerokai sendiri apa yang anda mahu dan kehendaki, jangan terlalu bergantung harap kepada pertolongan orang lain..berdikarilah, tetapi jangan lupa anda perlu banyak berbincang dan berdiskusi… MOHON PERTOLONGAN ALLAH SENTIASA.

Sedikit perkongsian pengalaman daripada saya sekiranya boleh dijadikan teladan. Ya..perancangan yang rapi dan sistematik telah dapat membantu saya untuk menjadi lebih berdisiplin semasa belajar. Pertama, saya sediakan jadual untuk tempoh tiga tahun pengajian. Saya berazam pada bulan Ogos 2002 saya akan membentang kertas cadangan kajian, Ogos 2003 pembentangan kemajuan dan Ogos 2004 pembentangan pada peringkat pemantapan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan dengan izin Allah perancangan yang saya buat telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Jadi anda juga boleh merancang seperti saya, atau mungkin anda mampu membuat perancangan yang lebih baik daripada saya. Teruskan…tetapi pastikan apa yang anda rancang, anda perlu berusaha keras untuk mencapainya. Kenapa perlu merancang? Saya bimbang anda leka.. bukan bermakna anda tidak membaca..tetapi berikan masa pada diri anda, selepas tiga atau empat bulan membaca jurnal, tesis, buku dan sebagainya anda perlu mencoret sesuatu di kertas.. mulakan penulisan awal..mungkin latarbelakang kajian, atau masalah kajian..tulis kerana seandainya anda tidak mula menulis, saya khuatir anda tidak tahu apa yang hendak ditulis. Pesanan saya, anda perlu mulakan penulisan sekarang..sedikit demi sedikit kerana gaya penulisan memerlukan teknik yang perlu anda kuasai. Jadi mulakan daripada sekarang kerana sudah hampir enam bulan anda berada di Universiti, sewajarnya sudah ada di fikiran anda bidang/fokus yang hendak dikaji. Tetapi jangan lupa teruskan pembacaan anda, semakin banyak anda baca, semakin banyak idea yang akan diperolehi bermakna semakin luas pemikiran anda.

Think success, don’t think failure. Substitutes success thinking for failure thinking. When you face a difficult situation, “think I’ll win” not I’ll probably lose..” Remind yourself regularly that you are better than you think you are. InsyaAllah moga anda berjaya.

Bertemu lagi...

2 comments:

  1. Sememangnya perancangan amat penting...Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jaya, diiringi usaha yang gigih, doa yang kudus dan tawakkal dengan ketentuanNya. Sesungguhnya Allah swt jua yang Maha Mengetahui dan Maha Menentu segalanya.

    SHS :-)

    ReplyDelete
  2. dear Dr Mai, your blog is totally inspiring & i make doa to Allah that you will also succeed in your endevours. dgn membaca blog dr, sy mula mendapat semangat baru untuk menguruskan masa saya dgn lebih baik kerana sbg full time HOD & baru berumahtangga, memang banyak dugaan yg sy tempuhi....may Allah bless all our efforts for the betterment of the ummah....

    ReplyDelete