Tuesday, April 27, 2010

GOLF VS SOLAT???

Bismillahirrahmanirrahim...

Ingin sekali saya berkongsi cerita, ya bukan cerita rekaan tetapi satu kisah benar yang begitu mengkagumkan saya. Begini ceritanya.. pada hari rabu yang lepas, entah apa mimpinya.. saya menerima panggilan telefon dari teman sekampung yang telah 26 tahun terpisah. Kalau berjumpa belum tentu saya dapat mengenali wajahnya, maklumlah mungkin semuanya sudah berubah. Saya seronok bersembang dengannya, membuka balik cerita lama sewaktu kecil dulu…sewaktu kami sama-sama menghadapi saat sukar diuliti kemiskinan dan kepayahan hidup. Teman saya begitu rancak menceritakan tentang kerjayanya dan kehidupan bahagianya bersama keluarga. Alhamdulillah, saya tumpang gembira dengan apa yang telah dikecapi oleh teman saya, satu kurniaan daripada Illahi. Syukurlah.

Petang tadi sekali lagi beliau menelefon saya, katanya dalam perjalanan untuk menuju ke padang golf. Itulah yang dikhabarkan kepada saya. Wow..terkejut saya mendengarnya. Besar sekali perubahan dalam kehidupannya. Sebenarnya, saya sendiri tidak pernah mendekati golf apa lagi untuk memegang kayu golf. Bagi saya golf adalah prestij, golf adalah untuk orang kaya dan berada saja. Maka sekaligus dalam pemikiran saya mentafsirkan bahwa teman saya mungkin telah kaya-raya, hidup mewah sekarang, padanlah selama ini apabila saya pulang ke kampung tidak pernah saya nampak kelibatnya.

Saya bertanyakan dirinya, seronok sangat ke main golf? Apa yang beliau dapat dari golf? jawapannya ringkas saja.. “golf dapat membantu saya lebih berdisplin, fokus dan amanah”. Bagaimana? Tanya saya.. “Ya...nak masukkan bola ke dalam lubang kena fokus, kalau berjanji jam 7.30 pg bermakna 7.30 pg semua mesti ada.. Nak tahu, ribut dan petir saja yang boleh halang saya daripada bermain golf, kalau setakat hujan renyai-renyai permainan masih boleh diteruskan. Saya sendiri sanggup keluar rumah sebelum subuh kerana golf. Yalah...nak pastikan tiba tepat pada waktunya”. Dalam hati saya terdetik..hebatnya penangan golf, kalaulah fokusnya..disiplinnya..dan amanahnya dapat dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari alangkah bagusnya..tak sia-sia bermain golf.

Saya seronok sekali mendengar ceritanya. Saya menjadi semakin teruja untuk mendengar cerita selanjutnya. Tanpa ditanya teman saya menceritakan, “kalau permainan golf bermula pada jam 2.00 petang, apabila masuk waktu Asar, kami berhenti bermain..kami solat dulu...kemudian sambung balik selepas solat dan sebelum masuk waktu maghrib kami berhenti main”. Saya terpegun mendengarnya. Saya amat kagum dan bangga dengan dirinya kerana sedari kecil itulah dia orangnya..amat jaga solat dan sentiasa solat pada awal waktu. Alhamdulillah..beliau mampu mempertahankannya walaupun menjadi pencinta golf sejati. Ya..hebat sekali didikan yang diterima daripada ibubapanya…teman saya tidak pernah tenggelam dengan kesenangan hidup yang dikecapi. Alhamdulillah.

Ya..bermain tak salah, bersukan tak salah..bermain golf juga tak salah..kalau kita sentiasa menjaga solat, tidak mengambil mudah tentang solat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Solat itu tiang agama, siapa yang mendirikannya bermakna ia telah mendirikan agamanya, sesiapa yang meninggalkannya, maka dia telah memusnahkan agamanya”. Ya..yakinlah, solat merupakan satu terapi untuk mendidik tingkah laku dan akhlak serta memupuk hati dan jiwa yang bersih. Oleh itu, sebagai peringatan untuk diri saya dan mungkin untuk diri anda juga..dalam kesibukan dan kepayahan, dalam susah dan senang..ingatlah Allah di mana jua kita berada..solat lima waktu jangan dilupa.

Bertemu lagi...

2 comments:

  1. main golf perlu menetapkan sasaran , beri fokus, atasi rintangan dan akhirnya capai sasaran. apa2 pun itulah kehidupan, mungkin utk permainan lain juga ada analogi yg kita boleh kaitkan dalam hidup kita.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, jadi orang akhirnya kawan kak mai. Bukan mudah untuk senang tapi terlalu senang kita menjadi LALAI. Ya mudah-mudahan kita semua (mengingatkan diri sendiri juga)termasuklah golfer, tidak lalai dengan perintahNYA...buat yg disuruh, tinggal yg dilarang.

    "Dengan nama AllaH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal (berserah) kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah tetap melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Ayat Seribu Dinar)

    Arie Farid...

    ReplyDelete