Friday, April 23, 2010

PhD: Permanent Head Damage - Sukar ke nak lulus?

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada tahun 2001 saya melangkah ke UKM untuk melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah. Saya begitu bersemangat sekali maklumlah belajar dapat biasiswa KPM dan bergaji penuh pula. Orang kata nak lulus PhD susah. Ya ke? Saya menjadi gerun, boleh ke saya berjaya, malu kalau gagal maklumlah biasiswa dah ambil, rakan sepejabat dah maklum dan orang kampung pun semua dah tahu saya ni bakal bergelar Dr.

Ya, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Untuk menempa kejayaaan yang paling penting dan utama ialah niat. Niat belajar kerana Allah, satu ibadah untuk menuntut ilmu dan seterusnya menyumbangkan ilmu ke arah mardhotillah - mendapat keredhaan Allah bukannya kerana nak bergelar Dr atau dipanggil doktor.

Hasil niat yang betul, InsyaAllah akan memberi kesan kepada kesunguhan dan komitmen dalam pencarian ilmu. Disiplin diri amat penting. Kalau hari bekerja kita boleh berada di pejabat dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang, tetapi apabila kita buat Phd kenapa kita tidak melakukan perkara yang sama. Uruskan masa dengan baik. Pastikan jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang setiap hari anda berada di perpustakaan..kerana itu yang saya lakukan. Baca, baca dan baca.. anda tidak boleh jemu membaca kerana jika anda tidak minat membaca bermakna anda telah menempah tiket awal untuk menggagalkan diri anda.

Anda perlu bijak memilih bahan yang anda baca berdasarkan bidang anda. Jangan baca sekadar baca, tetapi baca dengan berfokus..awas jangan hadkan pembacaan anda. Sentiasa membuat catatan apa yang anda baca, bukan isi penting sahaja tetapi juga judul, tahun terbit dan penerbit kerana ia mungkin menjadi bahan rujukan anda.

Kadangkala kita terlalu memberi fokus kepada tajuk cadangan kajian. Kenapa risau dengan tajuk? Ya saya masih ingat pesanan penyelia saya Profesor Dr. Robiah Sidin apabila saya hantar kertas cadangan, “Mai, ni kena baca lagi… masih tak cukup.. cuba cari tentang teori…model.. jangan risau tentang tajuk, bila dah banyak baca akan lebih jelas tentang apa yang nak dikaji..” Ya itu lah pesanan sifu saya yang amat saya kagumi. Maka saya akur dengan saranan Prof. Ikut cakap cikgu ni berkat, jadi kena yakin dengan penyelia, hormati mereka kerana mereka yang akan membimbing kita.

Saya tidak pernah berjumpa prof dengan tangan kosong. Saya berusaha unuk mencari bahan yang Prof suruh baca. Kalau tiada di UKM, saya ke UIA, tiada di UIA saya ke UM, tiada di UM saya ke UPM..menerusi internet dan sebagainya. Sepanjang buat PhD, semua perpustakaan universiti saya dah terokai, hinggakan rak bukupun saya boleh hafal. Jadi anda jangan mengalah untuk mencari bahan bacaan yang anda perlukan InsyaAllah ada, yang penting anda kena rajin berusaha. Kalau boleh apa yang penyelia suruh cari, buat.. jangan ambil mudah, kerana ia merupakan satu proses untuk lulus PhD.

PhD ialah satu ujian, memerlukan kesabaran. PhD ialah air mata, saya sering terdengar rakan-rakan mengatakan sewaktu buat PhD lah kadangkala komputer rosak, data hilang dan sebagainya. Masa buat PhD pelbagai dugaan yang mendatang, benar-benar menguji kesabaran. Saya juga tidak terlepas daripada ujian. Mungkin anda akan hilang sabar, tak nak meneruskan pengajian, anda bermasalah dengan penyelia, anda tidak tahu bagaimana nak mula menulis, tak faham bagaimana nak menyediakan proposal..anda kebingungan. Menyesalkah anda menjadi calon PhD???

Jangan toleh ke belakang, kalau saya boleh, anda pasti boleh...InsyaAllah. Ujian, kesulitan dan cabaran merupakan pengalaman dan pelajaran yang amat bermakna untuk menjadikan kita orang yang tinggi kesabarannya. Anda perlu kuat, anda kena bersemangat, sentiasa positif, yakin anda boleh melakukannya. Bagaimana untuk memperoleh ketahanan diri dan kekentalan jiwa dalam menghadapi tribulasi ini? Ya hanya satu ubatnya, minta pertolongan Allah, mohon Allah permudahkan segala urusan, solat hajat setiap malam, solat Tahajjud setiap malam.. banyakkan berdoa, anda jangan terkejut kesannya, anda akan terasa anda mendapat kekuatan dan semangat baru, anda tenang dan anda dapat rasakan kelainan. Yakinlah pertolongan Allah maha hebat.. Ingatlah kepada Allah ketika susah dan senang..

Bersama Prof. Robiah Sidin
Bertemu lagi...


4 comments:

  1. Alhamdulillah...syukur pada anugerah Allah di atas segala apa yang Dia kurniakan..mudah2an usaha akak diberkati dan dirahmati Allah...ameenn..

    ReplyDelete
  2. Tengok gambar k.mai dgn prof bertambah2 semangat saya...

    Liza

    ReplyDelete
  3. terima kasih DR.. saya tenang baca blog DR.. actually, saya pun dah buat keputusan untuk ambil scholarship under satu universiti untuk sambung phd.. tp rasa risau sgt, takut xlepas.. tapi bila bace blog DR, saya xrasa risau.. btul DR kata kalau dah berusaha dan berdoa.. pasti akan berjaya.. Allah lebih tahu apa yang kita buat...

    ReplyDelete