Tuesday, May 11, 2010

PhD vs Yakin Diri

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah agak lama saya tidak mendekatkan diri dengan adik-adik bakal sarjana dan bakal lulusan PhD. Bukan saya sengaja lupa tetapi suntikan semangat tidak boleh diberi setiap hari, memadailah dua mingu atau sebulan sekali agar anda terus bermotivasi. Saya sering tertanya-tanya..bagaimanakah keadaan anda semua pada hari ini? Tidak lama lagi bulan Jun akan menjengah tiba, satu semester berlalu pergi..tanyalah diri anda ilmu apa yang telah diperolehi, teori apa yang anda telah terokai dan statistik apa yang anda telah pelajari. Anda pasti ada jawapannya…berilah jawapan pada diri sendiri agar anda dapat menilai sejauhmana usaha anda setakat ini.

Membaca..dan terus membaca. Berapa buah buku yang anda telah baca, jurnal dan tesis jangan dilupa kerana bahan bacaan tersebut amat berguna...kerana anda memerlukan latihan minda untuk manganalisis dan mengkritik setiap apa yang anda tatapi...kerana tidak dinamakan PhD sekiranya anda hanya tahu mengingat dan menghafal sahaja. Justeru pencarian dan penerokaan ilmu pengetahuan baru perlu dipertingkatkan agar anda tidak kecundang dalam pengembaraan dan seterusnya gagal di pertengahan jalan.

Bagaimana dengan keyakinan diri anda setakat ini, mampukah anda belayar sampai ke destinasi walupun terpaksa menempuh ribut serta ranjau, onak nan berduri. Adakah anda yakin anda mampu sehingga ke saat ini? Ya inilah masanya untuk anda gunakan kekuatan minda bagi melihat, merenung, mendengar, memahami, menghayati dan menilai dan seterusnya menjana minda yang positif. Kejayaaan menguruskan minda secara positif akan membantu kita untuk menghasilkan sesuatu yang positif dalam diri kita..justeru positiflah diri anda dan minda anda dengan mengatakan, “InsyaAllah saya bertekad teruskan usaha…saya pasti berjaya”. Ingatlah, seandainya anda sendiri tidak yakin anda boleh berjaya, maka anda sudah tentu tidak akan berjaya kerana pandangan diri anda terhadap diri sendiri adalah lebih penting daripada pandangan orang lain terhadap diri anda kerana anda lebih mengenali siapa anda..kekuatan anda dan kelemahan anda dibandingkan dengan orang lain. Yang penting anda berlaku adil dan jujur terhadap diri anda sendiri. There are two kinds of failure: those who thought and never did, and those who did and never thought.

Sekiranya anda terasa lemah dan seolah-olah mahu menyerah kalah..mohonlah pertolongan ALLah SWT sentiasa kerana Allah maha pemurah lagi maha penyayang.. Firman Allah SWT; "Janganlah kamu merasa lemah dan berdukacita sebaliknya kamulah orang yang tinggi jika kamu beriman.." (Surah Al-Imran: 139). Jadikanlah Allah tempat mengadu..agar anda mampu memperoleh kekuatan yang luar biasa untuk melalui proses pembelajaran PhD dengan lancar dan terang hati, dan dipermudahkan segala urusan setiap hari. Amalkan membaca surah Alam Nasyrah (melapangkan) setiap hari sewaktu pagi atau petang kerana itulah juga yang saya amalkan agar bantuan Allah kita peroleh apabila berada dalam kekusutan. Firman Allah; “Bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan kami telah menghilangkan daripadanya bebananmu yang memberatkan punggungmu dan kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu, kerana sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sunguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmu hendaknya kamu berharap”. (Al-Insyirah:1-8)

Harapan saya, anda terus melangkah tanpa toleh ke belakang..jangan lupa sentiasa membuat catatan, sekurang-kurangnya anda sudah mula menulis kertas cadangan kajian dan tetapkan matlamat bila untuk dibentang, agar anda akan berusaha keras untuk merealisasikan impian. Mudah-mudahan anda terus bersabar kerana adakalanya anda berhadapan dengan keadaan sukar untuk menulis walaupun hanya sebaris cuma. Itulah ujian..yang dinamakan proses pembelajaran..untuk menguji kesabaran dan memberi kita pengalaman. Proses yang sama saya lalui sewaktu bergelar calon PhD. Saya dan anda, sebenarnya kita sama-sama mengimpikan kejayaan dan mendambakan kecemerlangan terhadap apa yang kita usahakan. InsyaAllah, yakinlah..anda boleh berjaya…teruskan usaha.

Bertemu lagi...

7 comments:

  1. assalamualaikum.
    Dr, anugerah tak ternilai dpt bertemu dgn dr dipangkor.lebih bersyukur apabila setiap kali membaca semua renungan dan pengalaman dr dlm blog , akan menyuntik satu perasaan sayu, rendah diri serta semangat untuk saya teruskan impian saya seperti dr.
    setiap hari saya akan buka blog dr dan ternanti-nantikan perkara baru yg dr akan kongsikan.

    sangat tersentuh setiap kali membaca pengalaman dr. terutamama sekali tentang ibu dan bapa, tentang pengalaman beraya di hospital dan keluarga dr.

    Setiap kali terasa letih dgn ragam pelajar-pelajar saya, kerjasama dgn rakan-rakan guru dan pengurusan sekolah, saya akan ulang baca artikel-artikel dr. dan sangat tertarik dgn tajuk peramah vs pendiam. sgt bersetuju. penuh hikmah.


    terima kasih tak terhingga.teruskan menulis.

    siti rohimah mahmad rejab.
    smk batu 4, gerik, perak.

    ReplyDelete
  2. Adik Siti Rohimah, terima kasih kerana bersama saya dan memberi dorongan kepada saya untuk terus menulis. Ianya sekadar perkongsian pengalaman sekiranya dapat dijadikan pedoman, untuk adik seperti Rohimah yang tahu menghargai dan tinggi budi. Terima kasih dik, kakak akan terus menulis untuk memperingati diri sendiri dan juga untuk mereka yang sudi berkongsi. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Kak Mai,
    PhD ni memang sesuai dgn permanent head damage.. kadang kala terfikir, ke mana lg arah nak dituju dlm hidup. tapi berada dlm dunia akademik, nak tak nak kena juga habiskan..perjuangan pasti diteruskan..

    ReplyDelete
  4. Ibu Alin,
    itulah PhD, mereka yang melalui prosesnya sahaja yang mengerti jerit perih, pahit dan manis, ia pengalaman yang sungguh bererti. Ramuanya sabar, dedikasi, cekal hati dan pengorbanan yang tinggi. Syabas..Jah, Kita boleh-InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Thanks Kak Mai.. by the way formalnya Ibu Alin..tak kenal ke saya ni...terjah ke blog Kak Mai sbb terbaca sms akak utk cik abang...

    ReplyDelete
  6. Ibu Alin..Kak Mai kenal..kan Kak Mai ada sebut..syabas Jah, teruskan perjuangan, Terima kasih banyak ya, doakan Kak mai sihat sentiasa

    ReplyDelete
  7. Sori..tak perasan pulak..thanks

    ReplyDelete